Skip to main content

Bola Sepak

Liga A1 Semi-Pro: Sempena juara, Melaka anjur cabutan bertuah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

melaka.jpg
Liga A1 Semi-Pro kini bakal melabuhkan tirainya apabila Melaka sah bergelar juara edisi pertama di bawah penjenamaan baru yang menyaksikan mereka meraih 21 kemenangan dengan pungutan 68 mata.

Sesi penyampaian trofi akan diadakan selepas tamat perlawanan terakhir menentang Machan di Stadium Hang Jebat, Melaka, Ahad ini. 

Demi meraikan kejayaan tersebut, skuad tuan rumah menganjurkan cabutan bertuah dan pelbagai hadiah menarik menanti pemenang. 




Tiket serendah RM10 berpeluang memenangi hadiah seperti barangan elektronik dan motorsikal. 

Advertisement

Must Watch Video