Skip to main content

Bola Sepak

Lewandowski kini seorang ketua di Bayern -- Kovac

robert-lewandowski-cropped_hve7orh15pco15hokll47ql39.jpg
Robert Lewandowski kini mempamerkan kualiti yang tepat untuk menjadi ketua di Bayern Munich, kata pengendali pasukan, Niko Kovac.

Penyerang Poland itu dikaitkan dengan jalan keluar dari Allianz Arena musim lalu tetapi akhirnya kekal serta menyumbat 40 gol dalam semua kejohanan, sekali gus membantu Bayern meraih kejuaraan berganda.

Mac lalu, pemain berusia 30 tahun itu berkata dia akan menamatkan karier bersama kelab itu dan mengesahkan dia kini dalam proses perbincangan untuk melanjutkan kontraknya yang dijadualkan tamat pada 2021.

Kovac kini tidak lagi ragu-ragu untuk memberi kepercayaan kepada bekas tonggak Borussia Dortmund itu yang bertindak sebagai salah seorang pembantu kapten.

"Musim lalu, saya mahu berikan dia hadiah yang layak diterima sebagai seorang pemain. Kemampuannya bukan sahaja dipamerkan di Jerman tetapi termasuk ketika menyarung jersi skuad kebangsaan Poland," ujar pengurus itu.

"Anda boleh lihat ia memberi makna besar kepadanya apabila diberi lilitan selaku pembantu kapten.

"Saya sangat gembira dengan perkembangan yang dtunjukkan dan apa yang diharapkan daripadanya dengan bergelar ketua," katanya.

Musim lalu, Bayern kali dilihat bergelut di permulaan sehingga memberikan ruang untuk Dortmund tetapi akhirnya menamatkan saingan liga penuh bergaya dan meraih kejuaraan Bundesliga buat kali ketujuh berturut-turut serta menjulang trofi Piala Jerman selepas menewaskan RB Leipzig.

Kovac menjangkakan Dortmund bakal kembali memberi cabaran dan merebut kejuaraan domestik, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Thorgan Hazard, Nico Schulz, Julian Brandt serta bekas tonggak, Mats Hummels.
 

Advertisement

Must Watch Video