Skip to main content

Bola Sepak

Lewandowski beri bayangan kekal bersama Bayern, kata Nagelsmann

robert-lewandowski_xlw7v9a9ve1t1if2qk6okto6m.jpg
Sikap Robert Lewandowski terhadap kerjanya di Bayern Munich memberi gambaran dia mahu kekal di kelab itu, kata jurulatih, Julian Nagelsmann.

Lewandowski merupakan penjaring terbanyak dalam kalangan pemain dalam lima liga teratas Eropah untuk musim ketiga berturut-turut, menjaringkan 47 gol dalam semua pertandingan pada 2021-22 selepas 48 gol pada 2020-21 dan 55 pada musim 2019-20.

Dia adalah satu-satunya pemain di Eropah yang menjaringkan sekurang-kurangnya 40 gol dalam setiap tujuh musim lalu.

Tetapi kontrak pemain berusia 33 tahun itu hanya tinggal setahun lagi, dan dia telah dikaitkan dengan perpindahan dari Bayern -- paling ketara ke Barcelona.

Bayern menegaskan Lewandowski tidak akan dijual, namun dia boleh pergi secara percuma pada 2023 jika kontrak baharu tidak dipersetujui, menafikan gergasi Bundesliga itu mengenakan bayaran yang besar.

Bagaimanapun, Nagelsmann tidak menyangka Lewandowski berhasrat untuk meninggalkan juara Jerman itu berdasarkan perbualan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak itu.

"Sudah tentu saya ingin mengekalkannya, dia seorang penjaring gol yang penting," kata Nagelsmann menjelang perlawanan esok di Arminia Bielefeld. “Dia masih memiliki kontrak bersama kami. Perbicangan telah dijalankan. 

"Saya tidak pernah mendapat tanggapan bahawa dia mahu pergi. Kami banyak bercakap tentang taktik, dan dia banyak mengambil bahagian. Itu membayangkan saya bahawa dia mahu kekal.

"Tetapi ia juga agak normal untuk memikirkan masa depan anda, terutamanya apabila anda telah bersama kelab itu untuk sekian lama."

 

Advertisement

Must Watch Video