Robert Lewandowski percaya Philippe Coutinho akan membantu peralihan dalam skuad Bayern Munich selepas kelab Bundesliga itu bersetuju untuk mendapatkan tandatangan pemain Barcelona itu.
Coutinho bersedia untuk menyertai Bayern secara pinjaman bagi musim 2019-20 -- dalam perjanjian yang turut disertakan pilihan pembelian tetap -- selepas gergasi Jerman itu mencapai persetujuan dengan Barca semalam.
Bayern terdesak untuk melakukan rombakan dalam pasukan selepas Franck Ribery dan Arjen Robben meninggalkan pasukan serta James Rodriguez kembali ke pangkuan Real Madrid susulan tamat tempoh pinjaman.
Ivan Perisic tiba selepas sasaran utama yang merupakan bintang Manchester City, Leroy Sane, mengalami kecederaan lutut yang serius dan Coutinho dialu-alukan untuk ke Bayern.
"Saya tidak fikir dia memerlukan banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan sistem dan idea di sini," kata Lewandowski kepada wartawan selepas menjaringkan dua gol sewaktu Bayern diikat 2-2 oleh Hertha Berlin dalam aksi pembukaan Bundesliga, semalam.
"Saya fikir dia seorang pemain yang mampu menyesuaikan diri tanpa banyak masalah."
Coutinho bergelut untuk mengukuhkan kedudukan di Camp Nou sejak menyertai Barca menerusi perpindahan bernilai EUR160 juta (RM741 juta) daripada Liverpool pada Januari tahun lalu.
Pemain berusia 27 tahun itu menjaringkan lima gol dalam saingan liga tatkala Barca mengekalkan status juara LaLiga bagi musim 2018-19 dan mencatat 11 gol bagi semua kejohanan.
Bagaimanapun, tidak semua pemain gembira dengan situasi di Bayern ketika ini tatkala pemain tengah, Renato Sanches, semakin kecewa ekoran kekurangan waktu bermain.
Sanches -- yang bergelut sejak hadir daripada Benfica pada 2016 -- masuk sebagai pemain gantian ketika berdepan Hertha apabila menggantikan Thomas Muller pada minit ke-85.
Kecewa dengan situasi di mana dia gagal dalam percubaan meninggalkan pasukan sebanyak dua kali, pemain berusia 21 tahun itu berkata: "Sudah tentu saya kecewa. Ini adalah kali kedua kelab tidak mahu melepaskan saya. Lima minit tidak cukup untuk saya."
Ditanya mengenai kenyataan Sanches, pengendali Bayern, Niko Kovac, menambah: "Saya tidak boleh katakan apa-apa tentang perkara itu. Saya tidak bercakap dengannya."