Paul Pogba mencabar Perancis untuk mengikut jejak langkah pemenang edisi 1998 dan menjadi "contoh" kepada generasi muda.
Bintang Manchester United itu merupakan tonggak dalam skuad Didier Deschamps dalam kempen Piala Dunia Russia sebelum dinobatkan sebagai juara dunia buat kali kedua.
Pogba mengakui tugas lebih besar menanti pemain-pemain selepas meraih kemenangan 4-2 ke atas Croatia dalam final dan mencabar rakan sepasukan untuk memberikan contoh terbaik kepada generasi baru.
Pemain tengah itu memetik kes yang melibatkan Hugo Lloris, yang ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh minum beralkohol.
"Kini kami lebih dikenali. Impak Piala Dunia sangat besar," katanya.
"Cara orang melihat kami sudah berubah. Jika anda mahu keluar berjalan-jalan tanpa memakai baju, anda tidak boleh melakukannya lagi.
"Anda boleh mengambil contoh daripada Lloris. Sesuatu yang berlaku biasa buat anda tetapi ia kini menjadi lebih besar kerana status sebagai juara dunia.
"Selepas tamat Piala Dunia, generasi muda mula memandang pasukan ini -- sama seperti kepada pasukan yang memenangi Piala Dunia 1998. Kami adalah contoh kepada pemain-pemain muda."