Hubungan baik Lamine Yamal dan Neymar yang banyak menghabiskan masa bersama pada musim panas ini tidak begitu direstui peminat bintang Barcelona itu.
Yamal menikmati percutian di Sao Paolo, Brazil, sambil turut terbabit dalam beberapa acara pertunjukkan sukan membabitkannya dengan Neymar.
Namun, peminat bintang berusia 17 tahun itu khuatir andai Neymar akan membawa pengaruh buruk terhadap kariernya.
Kegemaran Neymar untuk berparti sudah menjadi rahsia umum apabila ramai menganggap ia telah menjejaskan potensi sebenarnya.
Lebih-lebih lagi selepas Yamal menerima kritikan hebat kerana memperlekehkan Cristiano Ronaldo dalam perlawanan akhir Liga Negara-Negara di antara Sepanyol dan Portugal bulan lalu.