Neymar boleh meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) jika menerima tawaran yang berpatutan tetapi Barcelona masih belum melakukan bidaan, kata pengarah sukan kelab ibu kota Perancis itu, Leonardo.
PSG menegaskan kelab itu akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas Neymar selepas gagal melapor diri ke sesi latihan semalam.
Bapa serta ejen Neymar berkata kepada Fox Sports bahawa kelab berkenaan sudah menyedari pemain itu tidak akan kembali ke Paris untuk tempoh seminggu lagi.
Tetapi penyerang itu kelihatan hampir menuju jalan keluar dari Parc des Princes selepas Leonardo memberikan kenyataan.
"Neymar boleh tinggalkan PSG jika terdapat tawaran yang bersesuaian dengan semua pihak," katanya.
"Tetapi sehingga hari ini, kami tidak pasti jika ada mana-mana pasukan akan mahu membelinya.
"PSG mahu bergantung kepada pemain-pemain yang mahu kekal bersama pasukan untuk membina sesuatu yang lebih besar. Kami tidak memerlukan pemain yang memiliki agenda tersendiri," tegasnya.
Leonardo mengesahkan Neymar mahu meninggalkan PSG tetapi menafikan kelab itu perlu melakukan lebih lagi untuk memastikan penyerang itu gembira di Paris.
"Perkara ini bukan sahaja berlaku di PSG. Ia turut dihadapi oleh kelab-kelab lain," kata Leonardo yang mengambil situasi Paul Pogba di Manchester United sebagai contoh.
"Pemain-pemain mahu meninggalkan kelab, ia turut berlaku di PSG. Ia adalah perkara biasa."
Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu, sebelum ini mendakwa mereka belum berbincang dengan kebarangkalian membawa pulang Neymar ke Nou Camp.
Leonardo turut mengesahkan perbincangan di antara kedua-dua kelab itu telah dilakukan tetapi juara LaLiga itu tidak serius untuk mendapatkan pemain berusia 27 tahun berkenaan.
"Kami telah berbincang tetapi gaya Bartomeu bercakap tidak bersungguh-sungguh dalam usaha untuk mendapatkan semula Neymar.
"Kami tidak memiliki sebarang pelan "bersama Neymar" atau "tanpa Neymar. Buat masa ini, dia masih lagi memiliki kontrak bersama kelab."
Neymar berada di Rio de Janeiro, Ahad lalu, untuk menyaksikan Brazil menjuarai Copa America dengan menewaskan Peru 3-1 dalam final, dengan penyerang itu diketepikan daripada skuad kebangsaan ekoran kecederaan buku lali.