Skip to main content

Bola Sepak

Lehmann, Matthaus setuju Sanchez pilihan terbaik untuk Bayern

9517sanchez.jpg
Jens Lehmann dan Lothar Matthaus percaya Bayern Munich akan membuat bidaan bernilai GBP55 juta untuk menandatangani bintang Arsenal, Alexis Sanchez.

Sanchez masih memiliki kontrak selama setahun bersama Arsenal dan telah dikaitkan mahu meninggalkan Stadium Emirates pada penghujung musim ini dan juara Bundesliga, Bayern, berada di petak pertama dalam persaingan mendapatkan pemain tersebut.

Bekas penjaga gol Arsenal, Lehmann berasakan pemain kebangsaan Chile itu adalah pilihan  terbaik untuk Bayern.

"Dia dilihat sebagai pilihan yang baik untuk Bayern, kualitinya beraksi di Barcelona dan Arsenal mampu membantunya menyesuaikan diri dengan gaya permainan pasukan," kata Lehmann.

"Dia gemar menyusup masuk ke dalam. Saya telah menyaksikan pemain-pemain melakukan keputusan lebih baik di atas padang, tapi dia barangkali boleh belajar itu."

Sementara itu, legenda Bayern, Lothar Matthaus, berasakan Sanchez berkemampuan untuk meningkatkan mutu jentera serangan dan bakal menggantikan tempat Robert Lewandowski dan terutama sekali Franck Ribery dan Arjen Robben yang menghampiri penghujung karier.

"Dia adalah pemain yang boleh menggalas tanggungjawab yang dipikul oleh Ribery dan Robben," kata Matthaus.

"Sanchez amat berbahaya di depan gol dan kualitinya di bahagian sayap amat bagus."

Pemain berusia 28 tahun itu bercadang untuk membincangkan masa depannya bersama Arsene Wenger setelah musim 2016-17 berakhir.

Advertisement

Must Watch Video