LIGA SUPER MSIA
Lega The City Boys tidak lagi berlengah untuk bangkit
Penantian Kuala Lumpur untuk menikmati kemenangan sulung musim ini berakhir apabila menewaskan Kedah 2-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.
Babak pertama menyaksikan tuan rumah bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi bekas pemain Filipina, Luke Woodland.
Tidak lama kemudian, skuad Lang Merah yang turut mempamerkan aksi agresif mengatur langkah untuk menyamakan kedudukan 1-1 menerusi rembatan Fernando Rodriguez Ortega pada minit ke-32.
Iklan
Situasi kelam-kabut tercetus di hadapan kubu pelawat pada awal babak kedua selepas skuad The City Boys dihadiahkan sepakan percuma dan penyerang import, Guilherme De Paula, menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pada minit ke-51.
Kedah yang turun selaku pasukan pilihan kemudian menggandakan asakan untuk merapatkan jurang jaringan tetapi benteng tuan rumah lebih cekap untuk menafikan setiap percubaan yang dilakukan lawan.
"Sebelum ini, kami langsung tidak cuba untuk bangkit selepas ketinggalan tetapi sebelum perlawanan ini, saya memberitahu pemain supaya segera bangkit selepas dibolosi.
"Saya gembira dengan tindak balas barisan pemain," ujar jurulatih sementara Kuala Lumpur, Choong Yee Fatt.
Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, menyimpulkan: "Ini sesuatu yang perlu dipelajari pemain.
"Pemain beraksi baik, cuma tidak dapat mengekang situasi bola mati.
"Saya perlu mengucapkan tahniah kepada Kuala Lumpur kerana bijak mengambil peluang dan ia satu perlawanan yang menarik."
Must-Watch Video