Skip to main content

Bola Sepak

Lee Tuck bakal kembali ke Malaysia gempur Selangor?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lee.jpg
Bekas pemain naturalisasi negara, Lee Tuck, bakal kembali ke Malaysia menjelang pertemuan antara Asia Warriors dan Selangor dalam perlawanan persahabatan di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Ahad ini.

Ini susulan bekas pemain Terengganu dan Kedah Darul Aman itu dilihat berada dalam skuad Asia Warriors ketika pasukan itu berdepan skuad kendalian Ong Kim Swee iaitu Persik Kediri di Stadium Brawijaya yang berakhir dengan keputusan menang 2-0 buat Persik, baru-baru ini.





Pasukan Asia Warriors itu turut akan dibarisi bekas bintang bola sepak seperti Keisuke Honda (Jepun), Anton del Rosario (Filipina), Indra Putra Mahayuddin (Malaysia) dan ramai lagi.

Untuk rekod, pemain kelahiran Huddersfield itu telah mengumpul sembilan kaps bersama Harimau Malaya serta telah mencetak tiga gol dan dua bantuan jaringan.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video