Skip to main content

Bola Sepak

Lebih mudah dapatkan Haaland berbanding Mbappe -- Ramos

haaland.jpg
Kapten Real Madrid, Sergio Ramos, menegaskan lebih mudah bagi juara LaLiga itu menandatangani penyerang Borussia Dortmund, Erling Haaland, berbanding bintang Paris Saint-Germain (PSG) Kylian Mbappe.

Mbappe telah lama dikatakan bakal meninggalkan juara Ligue 1, PSG untuk ke Real, tetapi bintang sensasi Dortmund, Haaland, mula timbul sebagai pilihan utama gergasi Sepanyol itu.

Haaland adalah pemain dalam permintaan -- dikaitkan dengan Barcelona, PSG, Manchester United, Manchester City, Chelsea, Liverpool dan Juventus -- berikutan eksploitasi Dortmund dalam Bundesliga dan Liga Juara-Juara.

Ramos berasakan Haaland adalah pilihan realistil buat Real ekoran situasi kewangan yang berpunca daripada pandemik coronavirus, manakala PSG masih lagi berusaha untuk menandatangani semula Mbappe.

"Saya mahu kedua-dua pemain itu bersama kami, tetapi jika hanya salah seorang, lebih senang untuk menandatangani Haaland," kata Ramos.

"Dengan Mbappe situasi ekonomi semasa amat sukar. Haaland seorang pemain yang dahagakan jaringan, saiz fizikal yang dimiliki dan kepantasannya... Lebih mudah untuk mencapai persetujuan untuk Haaland."

Haaland menjadi pemain terpantas untuk meledak 20 gol saingna UCL selepas mencapainya dalam perlawanan ke-14 ketika Dortmund seri 2-2 dengan Sevilla Rabu lalu tetapi menang 5-4 secara agregat.

Berusia 20 tahun dan 231 hari, Haaland menjadi pemain termuda meledak gol dalam enam perlawanan UCL berturut-turut, manakala menjadi pemain pertama dalam sejarah pertandingan meledak sekurang-kurangnya dua gol dalam empat penampilan berturut-turut.

Mbappe turut mencipta sejarah UCL ketika PSG menyingkirkan Barcelona -- Penyerang PSG itu menjadi pemain termuda meledak 25 gol, berusia 22 tahun dan 80 hari.

Advertisement

Must Watch Video