Skip to main content

Bola Sepak

Leao berbakat seperti Ronaldo Fenomena

leao.jpg
Kepantasan, tenaga dan bakat Rafael Leao mengingatkan ramai tentang legenda Brazil, Ronaldo Nazario, selain hanya Cristiano Ronaldo yang memiliki bakat sedemikian ketika di Sporting CP pada usia 18 tahun.

Demikian menurut bekas jurulatih Sporting, Tiago Fernandes, yang pernah mendidik Leao selain berpenan menggilap sentuhan Ronaldo sebelum dia menyertai Manchester United.

Leao menjadi nadi kepada perancangan Stefano Pioli musim ini tatkala Rossoneri memburu Scudetto pertama sejak kempen 2010-11 dam kini berkelebihan dua mata di hadapan Inter dengan baki dua perlawanan Serie A. 

Pemain berusia 22 tahun itu membintangi kebangkitan 3-1 di Hellas Verona semalam yang menyaksikannya acahannya di sayap kiri menghasilkan dua bantuan jaringan yang hampir sama buat Sandro Tonali. 

Leao mendahului carta bantuan gol musim ini dengan 10 jaringan diekori Theo Hernandez 6 kali. 


 

Fernandes, yang bercakap kepada penerbitan Itali Tuttomercatoweb, memuji Leao ketika dia membuat perbandingan di antara penyerang itu dengan Ronaldo. 

"Leao mempunyai tenaga seperti Ronaldo, dia mempunyai bakat untuk menjadi penentu perlawanan," katanya yang bertugas di Sporting di antara 2011 dan 2018.

"Dia mengingatkan saya tentang 'Ronaldo Fenomena' menerusi kepantasan, teknik dan rembatannya pada saat-saat getir. Kualitinya dalam setiap perlawanan musim ini memacu keputusan hebat Milan."

Advertisement

Must Watch Video