Skip to main content

Bola Sepak

Larangan FIFA: Sampai hancur bas. Penyokong kelab Indonesia belum insaf

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

persib.jpg
Pertemuan Liga Super Indonesia membabitkan PSIM Yogyakarta dan Persib Bandung bukan sahaja panas atas padang, malah mengibatkan beberapa insiden tidak diingini berlaku membabitkan kedua-dua peminat. 

Menerusi satu video yang tular di TikTok, kelibat bas penyokong lawan diserang sehingga mengakibatkan beberapa orang awam mengalami kecederaan serius dan terpaksa menunggu pertolongan. 

Aksi kejar-mengejar, selain balingan mercun turut berlaku tatkala tamat permainan di luar stadium.

Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi berkenaan jumlah mangsa yang terkandas dalam insiden itu.

 
@suaradotcom Hingga saat ini belum diketahui berapa jumlah korban luka dan adanya korban jiwa pasca kericuhan di Ngabean. Selain itu, belum ada informasi detail mengenai adanya pihak yang diamankan oleh petugas. Adapun laga PSIM vs Persib Bandung di Stadion Sultan Agung berlangsung ketat. Tuan rumah PSIM unggul lebih dulu lewat sepakan penalti di menit 64. Maung Bandung baru bisa menyamakan skor pada masa injury time di menit 90. Pertandingan ditutup dengan skor akhir 1-1. Kedua tim harus rela berbagi poin. #jogja #jogjakarya #ngabean #yogyakarta #psim #persibbandung #bobotoh #busbobotoh #poldadiy #diy #news #suara ♬ suara asli - Suaradotcom


Ini, sekali gus membuatkan sebahagian penonton belum mempelajari tragedi di Kanjuruhan. 

Terdahulu, Pengarah Utama PT Liga Indonesia Baru (LIB), Ferry Paulus, mengesahkan bahawa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) masih belum menarik larangan untuk penonton pasukan lawat menghadiri perlawanan di stadium.

Tambahnya, sekatan masih dikenakan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang dengan misi mengekalkan keharmonian perlawanan bola sepak dan menjamin keselamatan pemain dan penyokong di dalam dan luar padang.

Dalam perlawanan itu, Persib Bandung mengikat PSIM 1-1. 
 
Redoxon

Kawal Emosi, Jaga Kesihatan

Omega-3 bantu sokong kesihatan jantung & minda lebih seimbang. Bila badan sihat, hati pun tenang.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video