JDT 5 KEDAH 1
Kedah menjadi mangsa kebangkitan Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila tersungkur 1-5 dalam aksi Piala Malaysia di Larkin, sebentar tadi.
JDT, yang merupakan penyandang juara, mempamerkan tekad yang tinggi untuk mencipta kemenangan sesudah dimalukan MISC-MIFA FC 2-1, Ahad lalu.
Pesta gol Harimau Selatan bermula pada minit ke-12 menerusi ledakan pemain import, Fernando Andres Marquez.
Begitupun, tuan rumah dipaksa menunggu lebih lama untuk mencetak gol kedua yang hadir seminit selepas permainan bersambung dalam babak kedua hasil sentuhan Natxo Insa.
Jelas sekali, JDTyang kembali mendapatkan khidmat Benjamin Mora sebagai ketua jurulatih menggantikan Raul Longhi, mempamerkan watak berbeza dengan licik mengucar-kacirkan pertahanan Kedah menerusi hantaran pendek.
Lang Merah terus dihukum apabila giliran Ahmad Hazwan Bakri (m-71), Gonzalo Cabrera (m-81) menambah jaringan sebelum S. Kunanlan menutup malam cemerlang JDT dengan gol kelima pada masa kecederaan.
Sementara itu, MISC-MIFA terus menerajui Kumpulan C apabila memungut tiga mata hasil kejayaan membenam Kelantan 2-0 melalui jaringan Kpah Sean Sherman dan J. Satrunan Pillai di laman sendiri.
Keputusan lain:
MISC-MIFA 2 KELANTAN 0