Jurulatih sementara Kedah, Azzmi Aziz, menuntut anak buahnya agar meneruskan momentum cemerlang dalam aksi terakhir Kumpulan C menentang Kelantan di Kota Bharu malam ini bagi memastikan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia.
Skuad Lang Merah kembali menemui rentak sejak Azzmi mengambil alih tugas jurulatih daripada Nidzam Adzha Yusoff yang direhatkan sejak bulan lalu.
Naib juara Piala Malaysia 2017 tersebut merekodkan tiga perlawanan tanpa kalah, termasuk mencipta kejayaan sensasi menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 3-1.
Ia mungkin tidak akan memberi sebarang makna andai momentum cemerlang itu gagal diteruskan bertemu Kelantan dalam aksi penentu nasib kedua-dua pasukan.
"Kami datang ke sini untuk memburu tiga mata bagi menjamin tempat dalam suku akhir.
"Kami akan beraksi sehabis baik untuk menang.
"Berdasarkan persembahan semasa, kami menunjukkan peningkatan dan saya harap kami terus meningkat.
"Kami telah membuat persiapan selama beberapa hari untuk mempamerkan peningkatan," kata Azzmi.
Kedah tetap memburu kemenangan malam ini meskipun keputusan seri sudah memadai buat mereka mara ke suku akhir.
Tampak berupaya menjadi juara kumpulan, pelawat bagaimanapun akan beraksi tanpa dua tonggak utama, Paulo Rangel, yang digantung perlawanan dan Rizal Ghazali ekoran kecederaan.