Frank Lampard terkejut apabila pasukan bimbingannya, Derby County, mengetepikan Manchester United dalam Piala Liga Inggeris (EFL) menerusi penentuan penalti.
Scott Carson menyelamatkan tendangan Phil Jones untuk pasukan Liga Kejuaraan tersebut mengesahkan tempat dalam pusingan keempat hasil kemenangan 8-7 selepas seri 2-2 dalam masa sebenar dalam aksi dramatik di Old Trafford.
Lampard, yang dalam musim pertamanya sebagai pengurus, meraih kejayaan ke atas bekas pengurusnya, Jose Mourinho, biarpun Marouane Fellaini menangguhkan kemenangan itu dengan tandukan pada penghujung perlawanan.
Justeru, Lampard sukar mempercayai Derby yang dibolosi gol Juan Mata seawal minit ketiga mampu menyingkirkan United.
"Saya sangat terkejut dengan apa yang berlaku," kata Lampard kepada Sky Sports.
"Untuk ketinggalan lebih awal di Old Trafford dan bermain seperti yang mereka pamerkan adalah hebat, kami mempunyai keperibadian untuk berdepan penentuan penalti dan bermain seperti yang kami mahukan.
"Ini adalah pemilihan barisan pemain yang paling mudah yang pernah saya buat. Para pemain menampilkan aksi hebat melawan Brentford (menang 3-1 dalam Liga Kejuaraan, Sabtu lalu) dan mereka berhak untuk bermain di Old Trafford.
"Saya mahu mengetengahkan pasukan yang benar-benar mampu bersaing, saya sangat bangga dengan mereka, saya cuba membina sebuah kumpulan untuk berjaya dan malam seperti ini sangat luar biasa. Untuk menentang pemain bertaraf dunia dan bermain dengan cara itu, ia berjaya djelmakan."
Derby bangkit daripada ketinggalan menerusi sepakan percuma jarak jauh oleh pemain pinjaman dari Liverpool, Harry Wilson, sebelum Jack Marriott meletakkan The Rams di depan.
Seorang lagi pemain pinjaman, Mason Mount dari Chelsea, turut meraih pujian bekas bintang The Blues tersebut.
"Harry Wilson melakukannya dalam latihan, dia membuktikan saya salah kerana saya fikir jarak itu terlalu jauh," tambah Lampard. "Dia dan Mason Mount akan pergi jauh."