Skip to main content

Bola Sepak

Lampard laung amaran kepada Chelsea

antonio-conte-cropped_auuqql3jeuky1selfyetnzqqm.jpg
Bekas pemain bintang Chelsea, Frank Lampard, memberi amaran kepada juara Liga Perdana Inggeris itu bahawa mereka akan berdepan "ujian getir" dalam meneruskan dominasi mereka musim depan.

The Blues merekodkan kejuaraan kedua dalam tempoh tiga musim semalam selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas West Brom sekaligus memastikan pencabar terdekat, Tottenham gagal memintas mereka meskipun berbaki tiga perlawanan.

Kejayaan itu membawa makna besar buat pengendali, Antonio Conte, yang membawa Chelsea muncul juara dalam tahun pertamanya sebagai jurulatih kelab itu.

Conte dalam landasan melakar satu lagi sejarah baru apabila akan berdepan Arsenal dalam aksi final Piala FA.

Bagaimanapun, Lampard mahu mengingatkan penyokong agar tidak melupakan apa yang menimpa Jose Mourinho dalam misi mempertahankan kejuaraan musim lalu.

"Musim depan ujian besar menanti meerka," dia memberitahu Sku Sports.

"Memasuki musim kedua, formasi diguna pakai Chelsea tidak bukan lagi satu kejutan kepada pasukan lawan. Tengok saja musim lepas, pemain gagal mengekalkan permainan sama.

"Pasukan lain selain Tottenham, beraksi hambar musim ini jadi hampir pasti mereka akan kembali lebih kuat musim depan."

Conte kini telah memenangi kejuaraan liga dalam setiap daripada empat musimnya sebagai jurulatih di peringkat kelab, selepas meraih tiga kejuaraan Serie A berturut-turut bersama Juventus (2012-14).

Bekas pemain tengah Juventus itu itu turut dikaitkan dengan kepulangan ke Itali, dengan Inter dilaporkan  bersedia menawarkan gaji paling tinggi bagi seorang jurulatih.

Bagaimanapun, Lampard berharap Conte membina dinasti di Stamford Bridge.

"Jika kamu penyokong Chelsea, itu harapan kamu ketika ini," jelas bekas pemain tengah England itu.

"Pemain terbaik buat Chelsea musim ini adalah N'Golo Kante, Eden Hazard sedikit di belakang. Tetapi individu utama buat Chelsea musim ini adalah Conte.

"Mereka memiliki skuad yang mantap tetapi mungkin perlu pertambahan beberapa muka baru di samping mengekalkan pemain tonggak sedia ada terutamanya untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara."

 

Advertisement

Must Watch Video