Madrid kembali mengalihkan perhatian kepada kempen LaLiga selepas kekalahan 0-1 pasukan Perancis itu, dengan sepakan penalti oleh Jonathan David cukup untuk menafikan kemenangan juara bertahan itu.
Ia juga menamatkan rentetan 36 perlawanan tanpa kalah mereka dalam semua pertandingan dan merupakan kekalahan pertama peringkat kumpulan UCL sejak Oktober 2022 menentang RB Leipzig.
Skuad Ancelotti kini gagal memenangi dua perlawanan terakhir mereka selain turut melepaskan gol penyamaan lewat ketika terikat 1-1 dengan Atletico Madrid hujung minggu lalu, namun dia yakin pasukan itu akan kembali ke landasan kemenangan tidak lama lagi.
"Villarreal beraksi dengan sangat baik. Awal pagi esok merupakan peluang untuk kami menyambung perjuangan untuk kembali mempamerkan bola sepak yang bagus," katanya dalam sidang akhbar.
? #RealMadridVillarreal#RMCity pic.twitter.com/JWArfjtuN6
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) October 4, 2024
"Perasaan kami bagus seperti biasa. Kekalahan kelmarin adalah satu peluang, jika kami mengambilnya dan bertindak balas dengan baik. Kami wajar mengkritik diri sendiri. Ada masanya anda perlu bangkit malah perlu melakukannya dengan cepat.
"Kadangkala rentak kemenangan membuatkan anda fikir anda tidak mungkin tewas tetapi kekalahan membawa anda kembali kepada realiti. Kami masih belum berada di tahap sebenar, kami mempunyai pemain yang tidak berada di tahap terbaik mereka.
"Kami tidak jauh dari kedudukan yang kami jangkakan. Terdapat kekurangan daripada segi keamatan di bahagian pertahanan dan secara serangan, kurang membuat hantaran."