Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Penjaga gol baru Barcelona hampir pasti dapat 'surat pelepasan'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joan-garcia.jpg
Barcelona mendaftarkan penjaga gol yang baru ditandatangani, Joan Garcia, untuk mengharungi musim baru berikutan kecederaan jangka panjang kepada Marc-Andre ter Stegen.

Langkah itu memberi ruang kepada kelab Catulanya tersebut untuk menurunkan tangga gaji kelab terbabit, sekali gus memudahkan pendaftarkan pemain tanpa melanggar peraturan kewangan LaLiga. 

"Barcelona dengan ini mengumumkan bahawa Jawatankuasa Perubatan LaLiga telah memutuskan bahawa kecederaan penjaga gol, Marc-Andre ter Stegen, memenuhi kriteria kecederaan jangka panjang yang ditetapkan oleh peraturan semasa," katanya. 
"Kelab akan segera meneruskan pendaftaran Joan Garcia."

Tempoh kecederaan itu telah mencetuskan pertikaian memandangkan ter Stegen enggan namanya digugurkan pada awal kempen ini, justeru Barcelona mahu menghukum pemain Jerman itu gara-gara enggan menandatangani laporan perubatan yang perlu diserahkan kepada penganjur liga.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video