Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Pedri harap Busquets kekal di Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sergio-busquets-and-pedri.jpg
Pedri berharap rakan sepasukannya di Barcelona, Sergio Busquets, akan kekal bersama Blaugrana tetapi yakin Frenkie de Jong mampu mengisi kekosongan ditinggalkan pemain tengah veteran itu.

Legenda Barca, Gerard Pique, mengesahkan persaraannya pada bulan lalu dan pasukan bimbingan Xavi berkenaan mungkin akan kehilangan seorang lagi tonggak veteran memandang kontrak Busquets akan tamat pada Jun depan.

Pemain berusia 34 tahun itu merupakan tonggak utama Xavi di samping Pedri dan Gavi, yang membantu Barca berkelebihan dua mata di atas Real Madrid untuk mengungguli carta LaLiga ketika ini.

Pada ketika Pedri, 20, kian menyerlah di peringkat antarabangsa dan domestik, Busquets pula mengumumkan persaraannya di pentas antarabangsa selepas Sepanyol disingkirkan Maghribi dalam pusingan 16 Piala Dunia Qatar 2022.

Pedri menggesa rakan seposisinya itu untuk kekal bersama Barca sehingga tamat kontraknya walaupun dia yakin De Jong mampu mengisi kekosongan itu berdasarkan pengalaman yang dimilikinya bersama skuad kebangsaan Belanda.
 
"Saya mahu dia meneruskannya. Dia seorang perancang utama,"Kata Pedri kepada Catalunya Radio.

"Frenkie de Jong boleh menjadi pengganti terbaik buat Busquets, dia bermain di posisi itu bersama Belanda dalam Piala Dunia."
 

Advertisement

Must Watch Video