Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Nico Williams makin hampir ke Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nico-williams.jpg
Pemain sayap muda Sepanyol, Nico Williams, kelihatan semakin hampir untuk menyertai Barcelona.

Menurut pakar bola sepak, Fabrizio Romano, ejen kepada pemain berusia 22 tahun itu sudah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Barcelona, Deco, hari ini.

Perjumpaan itu dilaporkan diadakan di Zaragoza dan Barcelona mahu memberikan tawaran secara personal kepada Willimas terlebih dahulu sebelum disambar beberapa kelab Inggeris yang turut berminat.

Sebagai rekod, Williams kini sedang mewakili Athletic Bilbao dalam saingan LaLiga.
 



 

Advertisement

Must Watch Video