Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Jersi nombor 10 Messi bakal jadi milik Yamal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yamal.jpg
Pemain muda meningkat naik kelahiran Sepanyol, Lamine Yamal, dilaporkan bakal mewarisi jersi nombor 10 ikonik milik Lionel Messi selepas menandatangani kontrak baru bersama kelab gergasi, Barcelona, yang dijadualkan berlaku pada penghujung musim panas ini.

Yamal dianggap pemain paling sesuai mewarisi nombor itu ekoran prestasi yang menakjubkan dalam membantu skuad The Catalan menjuarai saingan La Liga selama dua tahun berturut-turut, walaupun baru berusia 17 tahun. 

Dia juga dilihat mempunyai bakat yang setanding legenda bola sepak Argentina dan Barcelona itu apabila dikatakan bakal menggenggam takhta Ballon d'Or musim ini selepas memenangi kejohanan Euro bersama Sepanyol tahun lalu.

Jersi nombor 10 yang ketika ini disarung Ansu Fati bakal diberikan kepada Yamal susulan masa depan Fati yang masih menjadi tanda tanya, sekali gus menjadi momen bersejarah dalam karier Yamal.

Yamal membuat penampilan sulungnya bersama Barcelona dua tahun lalu ketika berusia 15 tahun.


 

Advertisement

Must Watch Video