LALIGA

LaLiga: Gol berganda Mbappe pastikan Real Madrid atasi Real Betis

Stadium Astro
Muzaffar Musa
02/09/2024
02:57 MYT
Sponsor Banner
LaLiga: Gol berganda Mbappe pastikan Real Madrid atasi Real Betis
Kylian Mbappe menjaringkan gol berganda dalam babak kedua untuk memastikan Real Madrid menewaskan Real Betis 2-0 dalam perlawanan LaLiga di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.
Madrid menguasai permainan tetapi bergelut untuk memecahkan tembok pertahanan Betis sehinggalah Mbappe memecahkan kebuntuan itu pada minit ke-67.
Gol pertamanya dalam LaLiga itu disudahkan dari jarak dekat selepas menerima kuisan tumit Federico Valverde.
Kapten Perancis itu kemudian menggandakan jaringannya berselang lapan minit, kali ini menerusi sepakan penalti selepas Vinicius Junior dijatuhkan penjaga gol, Rui Silva.
Dengan kemenangan itu, Madrid melonjak ke tangga kedua liga dengan lapan mata, empat mata di belakang pendahulu, Barcelona.
Betis pula di tangga ke-17 dengan dua mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video