Ikon Barcelona, Xavi Hernandez, mengakui bahawa kemenangan Real Madrid ke atas Celta Vigo bermakna perebutan kejuaraan LaLiga telah pun berakhir.
Skuad kendalian Zinedine Zidane melakar kemenangan 4-1 di Balaidos, kelmarin, sekaligus berada tiga mata di hadapan pencabar terdekat, Barcelona, menjelang aksi terakhir, Ahad ini.
Real kini hanya memerlukan satu mata berdepan Malaga di La Rosaleda untuk mengesahkan kejuaraan sejak kali terakhir meraihnya pada 2012.
Xavi -- lapan kali juara liga bersama Barcelona -- mengakui bahawa Real akan memastikan kejuaraan berada dalam genggaman mereka.
"Sukar untuk Real kehilangan kejuaraan LaLiga musim ini, mereka terlalu kuat,"pemain Al-Sadd itu memberitahu AS.
"Mereka memiliki Toni Kroos, Luka Modric dan juga Isco, yang merupakan pemain kegemaran saya.
"Perlawanan berdepan Vigo merupakan faktor penentu dan mereka berjaya menang. Saya berharap mereka tewas di Malaga agar Barcelona dapat muncul juara tetapi saya berpendapat itu tidak akan berlaku.
"Malaga sedang beraksi baik ketika ini dan mana-mana pasukan akan berdepan kesukaran untuk mengutip tiga mata di sana."
Madrid kini dalam perjalanan untuk melakar kejuaraan berganda apabila turut mara ke final Liga Juara-Juara, lantas berada dalam misi menjadi pasukan pertama untuk cuba mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara apabila berdepan Juventus, 3 Jun ini.
Xavi percaya aksi di Cardiff bakal menjanjikan pertemuan sengit dan pada masa sama berharap penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon, akan menamatkan penantian menjuarai kejohanan berprestij peringkat kelab itu.
"Juventus pasukan yang mantap. Mereka memiliki skuad yang bagus. Mereka telah membuktikannya apabila menyingkirkan Barcelona dengan corak bertahan yang baik," tambahnya.
"Masing-masing memiliki peluang sama rata. Hari itu, saya mendapat tahu bahawa Buffon tidak pernah menjuarai Liga Juara-Juara. Dia layak untuk mengangkat trofi itu kali ini."