Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Barcelona perah keringat sampai wisel penamat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

barcelona.jpg
Barcelona mencetuskan kebangkitan dramatik di Levante bagi mengekalkan rentak kemenangan kedua berturut-turut LaLiga yang menyaksikan Ferran Torres menjadi peranan penting, awal pagi tadi. 

Penyerang itu -- yang terlepas peluang terhidang dalam separuh masa pertama -- menjaringkan gol penyamaan pada awal babak kedua cuba menyempurnakan hantaran lintang Lamine Yamal yang akhirnya ditanduk oleh Unai Elgezabal ke gawang sendiri untuk memberikan Barça kemenangan 3-2 pada lewat permainan.

Ferran kemudian mendedahkan amanat pengurus Barca, Hansi Flick, ketika waktu rehat dengan berkata: "Dia memberi kami beberapa perincian taktikal kerana kami tidak berada dalam posisi yang tepat dan yang paling penting, kami perlu menunjukkan karakter untuk menang. Kami tampil dengan baik dan berkesan.

"Saya sentiasa percaya bahawa saya mampu menjadi watak penting dalam pasukan ini. Saya melihat diri saya mampu menjadi pemula dan bila-bila masa sahaja pengurus rasa sesuai, saya perlu memanfaatkannya. 




"Persaingan merebut sangat tinggi tetapi ia bagus."

Ferran mencetak dua gol dalam dua perlawanan awal kempen ini selepas turut menemui penyudah ke atas Mallorca minggu lalu.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video