LALIGA
LaLiga: Andres Iniesta ceburi bidang kejurulatihan
Andres Iniesta dalam transisi ke bidang kejurulatihan dan ingin kembali ke Barcelona pada masa hadapan selepas mengumumkan persaraannya.
Pemain berusia 40 tahun itu yang baru-baru ini bermain untuk kelab UAE Pro League, Emirates,memilih untuk tidak menyambung kontraknya hingga 2025.
Iniesta membuat 674 penampilan -- yang merupakan keempat tertinggi dalam sejarah Barcelona -- sebelum meninggalkan gergasi LaLiga itu untuk menyertai Vissel Kobe pada 2018.
Iklan
Bekas pemain tengah Sepanyol itu mula menyertai kelab berkenaan ketika berusia 12 tahun dengan membuat penampilan sulung seniornya pada 2002, dan meneruskan kariernya yang sarat trofi bersama kelab gergasi Sepanyol itu termasuk memenangi sembilan gelaran LaLiga dan empat Liga Juara-Juara.
Iniesta tidak tewas dalam 55 perlawanan untuk Barcelona dalam kempen LaLiga di antara September 2010 dan April 2012 yang merupakan rekod tertinggi dalam sejarah pertandingan itu.
Dia juga merupakan sebahagian daripada anggota skuad yang mencapai kemenangan 'treble' bersama Barcelona pada 2009 dan 2015, lantas kelab itu menganjurkan acara persaraannya malam tadi bagi menandakan pengakhiran kariernya.
Iniesta, your football will live on forever. pic.twitter.com/bjrCf6GBIJ— FC Barcelona (@FCBarcelona) October 8, 2024
Dalam acara itu, Iniesta mendedahkan bahawa dia sudah mula membuat perancangan untuk memulakan kerjayanya di luar padang.
"Saya sudah memulakan kursus kejurulatihan," katanya.
“Saya mahu melatih diri untuk peringkat seterusnya.
"Anda yang mengenali saya tahu bahawa saya agak degil daripada segi itu. Iaitu hasrat untuk melakukan tugas yang hebat. Ia bukan di atas padang tetapi di tempat lain.
"Saya ingin kembali ke Barca pada satu hari nanti. Bukan mengatakannya hanya kerana mereka berpengaruh besar walaupun mereka memang sepatutnya berada di dalam kelas oti/
"Sebagai bekas pemain, apabila saya mampu melaksanakan peranan lain di kelab ini, saya pasti gembira."
Must-Watch Video