Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail, berkongsikan bahawa kehadiran pemain warisan adalah demi kebaikan bola sepak negara untuk bersaing di pentas antarabangsa.
Dia tidak melihat sebarang masalah dengan kemasukan pemain warisan bagi memperkuatkan skuad kendalian Peter Cklamovski susulan mereka mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Sebelum ini, lima pemain warisan baru Harimau Malaya dipilih membarisi skuad negara dalam aksi kedua Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia ketika menewaskan Vietnam 4-0 iaitu Facundo Garces, Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca.
"Saya tak nampak masalah kalau kita ada lebih ramai pemain warisan. Ini demi kebaikan bola sepak negara. Kita bukan sahaja nak bersaing di pentas Asia tetapi impian sebenar ialah nak jejak kaki ke Piala Dunia.
"Untuk Piala Asia 2027, peluang kita cerah dan sekarang usaha juga perlu ditumpukan untuk cuba ke Piala Dunia 2030, lima tahun lagi.
"Kita perlu realistik dan mula sekarang dengan pemain warisan terbaik agar kita dapat menyaingi pasukan Arab, Australia, Jepun dan Korea Selatan. Jika kita dapat saingi mereka, maka jalan ke Piala Dunia itu cerah.
"Lagipun yang mewakili negara ini merupakan pemain warisan yang mempunyai darah Malaysia. Jadi, tidak ada salahnya untuk kita mengharapkan kepada kemampuan mereka.' katanya kepada Sinar Harian.