Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo, berkata dia sentiasa mahukan 'lagi dan lagi' ketika menyasarkan melebarkan rekod selepas memintas Pele.
Ronaldo meledak hatrik sempurna Ahad lalu ketika membantu Juve menang 3-1 ke atas Cagliari dalam Serie A dan kini memperoleh 770 gol sepanjang karier.
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu menjadi penjaring gol terbanyak dalam sejarah, mengatasi legenda Brazil, Pele.
"Masih banyak yang perlu dicapai dan saya percaya kita dapat melakukannya bersama," kata Ronaldo menerusi Instagram.
"Gol adalah sebahagian penting dalam diri saya. Saya tidak dapat berhenti mengejar lebih banyak lagi, dan berharap dapat meraih rekod lain.
"Saya selalu mahu lebih banyak dan saya rasa itulah sebabnya orang sering mengatakan bahawa saya mempunyai banyak tenaga dan saya tidak pernah berhenti.
"Mungkin itu benar, tetapi ini mustahak untuk membuat saya terus hidup."
Hanya sekali Ronaldo melakukan hatrik yang pantas daripada sepak mula, melakukan selepas 20 minit ke atas Espanyol pada 2015.
Ronaldo kini mendahului empat gol ke atas penyerang Inter, Romelu Lukaku, dalam carta penjaring terbanyak Serie A, dengan 23 gol terhasil sepanjang musim ini.
Secara keseluruhan, Ronaldo telah meledak 87 kali untuk kelab dan negara pada bulan Mac, menjadikan bulan kegemarannya sepanjang tahun, mengatasi September (86), manakala dia telah meledak dalam kesemua 18 stadium dia beraksi bagi saingan Serie A.
Pemain berusia 36 tahun itu merupakan wakil Juve pertama meledak hatrik sempurna (kaki kanan, kaki kiri dan tanduk) dalam Serie A sejak David Trezeguet ke atas Livorno pada Ogos 2007.