Skip to main content

Bola Sepak

Lagi bekas bintang Harimau Malaya harumkan nama Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

leetuck.jpg
Sudah pasti lama tidak kedengaran mengenai bekas pemain naturalisasi Harimau Malaya, Lee Tuck, yang tidak lagi beraksi dalam kancah tempatan. 

Perkembangan terbaharunya sangat membanggakan apabila bergelar juara dalam satu kejohanan berprestij melibatkan kemahiran kecergasan yang tinggi di Singapura. 

Bekas pemain Terengganu dan Kedah itu mengharumkan nama negara dengan menjuarai HYROX Asian Championship untuk kategori 35-39 buat kali kedua berturut-turut sejak tahun lalu. 

Dan dua hari lalu, dia kembali mengukir nama di podium tertinggi sambil mengangkat Jalur Gemilang sebagai tanda mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

HYROX menggabungkan kedua-dua elemen senaman larian, di mana peserta berlari sejauh 1 kilometer (km), diikuti dengan 1 stesen senaman berfungsi yang berulangan.

Setiap perlumbaan dihoskan di dalam dewan yang luas, mewujudkan perlumbaan yang mengagumkan dan menggembirakan, di mana penonton boleh menyokong anda dari awal hingga akhir.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hot FM ?? (@hotfm976)



“Satu perasaan yang hebat apabila semua pengorbanan yang dibuat berbaloi dan matlamat di mana anda memberi komitmen penuh akhirnya dapat dicapai," katanya di Instagram.

Sementara itu, nama Liridon Krasniqi juga kembali mengingatkan peminat tempatan berkenaan bakat gelecekannya yang memukau. 

Mantan tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mewakili pasukan pilihan Jerman dengan menjadi watak penting membantu melakar kemenangan 9-1 menewaskan United Kingdom (UK) di final Baller League, bulan lalu.

Selepas aksi terakhirnya bersama Terengganu pada akhir 2023, Liridon tidak bersama mana-mana pasukan dalam kancah domestik.

Advertisement

Must Watch Video