Skip to main content

Bola Sepak

Lacazette masih simpan hasrat sertai Atletico

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alexandre-lacazette-060617.jpg
Alexandre Lacazette terus menyimpan hasrat untuk menyertai Atletico Madrid sekalipun Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) mengekalkan hukuman melarang aktiviti perpindahan kelab Sepanyol itu. 

Atletico dilarang mengikat mana-mana pemain sehingga Januari 2018, sekaligus menyebabkan perpindahan Lacazette ke Atletico dari kancah Ligue 1 dalam keraguan. 

Bagaimanapun, penggempur Perancis itu menegaskan dia tidak akan menutup pintu untuk menyertai skuad bimbingan Diego Simeone itu biarpun dilaporkan turut menjadi buruan kelab seperti Borussia Dortmund, Liverpool, Arsenal dan Manchester United.

"Ia masih boleh menjadi kenyataan. Ia tidak boleh diketepikan," ujar Lacazette kepada Eurosport sama ada dia akan menandatangani kontrak bersama Atletico, kemudian dipinjamkan semula kepada Lyon. 

"Saya tidak mahu memikirkannya terlalu banyak kerana Presiden Lyon (Jean-Michel Aulas) berkata ia tidak mustahil. Kami harus memikirkan pelan kecemasan, namun ia bukan langkah yang saya gemari. 

"Perpindahan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) mungkin pilihan menarik, ia merupakan liga yang meriah dengan kelab menarik. Buat masa ini, ia hanyalah khabar angin. 

"Dortmund juga kelab hebat."

Rakan sepasukan Lacazette dalam pasukan Perancis, Antoine Griezmann, mengesahkan dia akan kekal bersama Atletico di sebalik kerap disebut-sebut akan meninggalkan kelab berkenaan. 

Advertisement

Must Watch Video