Skip to main content

Bola Sepak

Lacazette mahu tinggalkan Lyon

20517alexandre-lacazette.jpg
Alexandre Lacazette telah membuat keputusan bakal meninggalkan Lyon pada penghujung musim ini dan mahu menyertai Atletico Madrid.

Penyerang Perancis itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke LaLiga dan mengesahkan bakal meninggalkan Lyon, semalam.

Lacazette, yang menjaringkan 26 gol untuk Lyon bagi saingan Ligue 1, berasakan ia adalah masa terbaik untuk berhijrah.

Pemain berusia 25 tahun itu menegaskan keputusan terletak di tangannya, bukan Lyon.

"Saya berpendapat ia merupakan masa terbaik," kata Lacazette.

"Saya mencuba sesuatu yang baru. Mengharungi cabaran yang lebih sukar dan cuba untuk melepasinya.

"Saya mahu sertai Atletico. Mereka adalah kelab yang konsisten dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) buat beberapa musim yang lalu.

"Keputusan ini diambil kerana di Atletico, saya dapat bergandingan dengan Antoine Griezmann."

Griezmann juga kini telah dikaitkan bakal berhijrah meninggalkan kelab, dengan Mancester United berminat untuk mendapatkan khidmatnya, tetapi Lacazette berharap untuk bekerjasama dengan rakan senegaranya.

"Ia akan menjadi satu kisah yang menarik jika kami beraksi bersama. Kami mula bergandingan sejak bersama pasukan bawah 18 tahun Perancis. Saya berharap dia akan kekal bersama Atletico."
 

Advertisement

Must Watch Video