CARDIFF CITY 2 ARSENAL 3
Alexandre Lacazette percaya gandingannya dengan Pierre-Emerick Aubameyang akan terus membawa faedah selepas dia membantu Arsenal melakar kemenangan di Cardiff City, malam tadi.
Lacazette melepaskan tendangan deras melewati Neil Etheridge untuk memastikan kemenangan 3-2 sembilan minit menuju waktu penamat selepas jaringan menarik Aubameyang terlebih dahulu membalas budi pengurus, Unai Emery, yang menggandingkan mereka berdua dalam kesebelasan utama buat julung kalinya musim ini.
Ketibaan pemain termahal kelab, Aubameyang, dari Borussia Dortmund pada Januari lalu menolak Lacazette sebagai pilihan kedua.
Begitupun, itu tidak menghalang mereka untuk membentuk gandingan serasi dan jentera serangan skuad bimbingan Emery itu berbahaya setiap kali mereka mengatur serangan.
"Jika kami jauh dari padang, kami lebih mudah beraksi di atas padang," kata Lacazette kepada Sky Sports selepas perlawanan itu.
"Bagi saya, adalah penting untuk bermula dengan baik. Saya mahu membuktikan kepada jurulatih bahawa saya boleh berada dalam kesebelasan utama. Saya fikir telah saya melakukannya dan saya gembira."
Arsenal memasuki jadual antarabangsa dengan kemenangan berturut-turut berikutan kempen pembukaan mereka yang tidak menyenangkan musim ini selepas bertandang ke Chelsea serta aksi pembuka tirai dengan juara bertahan, Manchester City.
"Kami mahu memanfaatkan sepenuhnya peluang kami," kata pemain tengah, Aaron Ramsey, kepada Sky Sports setelah Arsenal membenarkan Cardiff dua kali menyamakan kedudukan.
"Kami mempunyai permulaan yang sukar apabila bertembung dengan Manchester City dan Chelsea tetapi kami bangkit dengan baik. Penyokong di sini hebat dan kami berjaya mengatasinya."
Ramsey, yang memulakan kerjaya profesionalnya bersama Cardiff, menambah: "Ia sentiasa emosi, saya gemar untuk kembali ke sini dan bermain di hadapan peminat di sini.
"Di sinilah saya dibesarkan dan diberi peluang bermain bola sepak, saya sentiasa bersyukur untuk itu."