Skip to main content

Bola Sepak

Kylian Mbappe percaya lambat-laun tetap julang UCL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mbappe.jpg
Kylian Mbappe mengulangi komitmennya bersama Paris Saint-Germain (PSG) di sebalik memasang impian besar menggondol trofi Liga Juara-Juara (UCL).

Mbappe muncul penjaring terbanyak PSG ketika melakar kemenangan 4-2 ke atas Nantes semalam. 

Pemain berusia 24 tahun itu melepasi jumlah 200 gol milik Edinson Cavani apabila meledak gol pada masa kecederaan. 

Mbappe hanya memerlukan 247 perlawanan untuk mencapai 201 gol -– 200 jaringan yang dicetak Cavani hadir menerusi 301 penampilan.

Selepas memenangi Piala Dunia 2018 bersama Perancis dan lima kejuaraan Ligue 1, kancah UCL masih di luar jangkauan Mbappe yang memiliki pingat naib juara dalam final 2020 selepas PSG kecundang kepada Bayern Munich.

 

Bayern turut menjadi batu menghalang kemajuan PSG musim ini yang menyaksikan gergasi Bundesliga itu mendahului 1-0 menuju pertembuan kedua pusingan 16, awal pagi Khamis ini. 

Namun, Mbappe menyangkal bahawa keputusan perlawanan ini akan mempengaruhi masa depannya di PSG.

“Saya tidak fikir begitu,” katanya dalam sidang media.

"Saya fikir jika saya boleh membaca masa depan, saya akan memenangi UCL. 

"Kalau saya tidak menghormati kelab ini, saya sudah pun angkat kaki. 

"Tapi saya tetap di sini, saya sangat gembira. Saya sangat gembira di sini dan buat masa ini saya tidak memikirkan perkara lain selain menggembirakan PSG."

Advertisement

Must Watch Video