Atlet angkat berat negara, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad, memberi bayangan akan berpindah untuk berlatih di kampung halamannya, Kuala Rompin, seandainya tidak mendapat restu Majlis Sukan Negara (MSN) untuk berkelana ke luar negara sebagai persiapan ke Kejohanan Angkat Berat Dunia.
Azroy mempunyai tempoh lima bulan lagi sebelum bermulanya Kejohanan Dunia di Pattaya, Thailand, September depan.
Ketika ini, masih belum ada perancangan daripada MSN serta Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) sama ada mahu menghantar Azroy dan barisan atlet untuk menjalani latihan pusat di luar negara.
Bagaimanapun, Azroy tidak kisah jika latihan pusat itu diadakan di dalam negara sambil mencadangkan Pusat Latihan Angkat Berat Kebangsaan di Kuala Rompin, tempat dia bermula bertapak dalam sukan ini.
"Untuk memberikan tumpuan kepada saingan Sukan SEA dan Kejohanan Dunia, saya akan meminta berlatih di Kuala Rompin. Kos perbelanjaan berlatih di sana juga lebih rendah," katanya.
Ia dilihat tempat strategik dalam usaha Azroy cuba mencapai misi menjadi rakyat Malaysia pertama meraih pingat dalam Kejohanan Dunia nanti.
Azroy sebelum ini cemerlang di peringkat Asia apabila menggondol dua pingat perak dan satu gangsa dalam Kejohanan Asia di Ningbo, China tempoh hari.
"Walaupun berlatih di Kuala Rompin, tempat yang agak terpencil, ia adalah tempat yang sangat sesuai untuk menjalani latihan," katanya lagi.