Skip to main content

Bola Sepak

Kuala Lumpur kembali garang

guilherme-de-paula.jpg
FELCRA 1 KUALA LUMPUR 4 

Kuala Lumpur menebus kekecewaan susulan diaibkan Terengganu 1-5 dalam aksi pembukaan Piala Malaysia, 4 Ogos lalu, dengan menjadikan Felcra FC sebagai mangsa di Stadium KLFA, Cheras, sebentar tadi. 


Kuala Lumpur, yang melantik Chong Yee Fatt selaku pemangku jurulatih menggantikan Fabio Maciel, membuka tirai jaringan seawal minit keenam melalui sepakan penalti selepas bola terkena pertahanan, Shahrom Kalam, dan peluang tersebut disempurnakan oleh Guilherme De Paula. 

Felcra cuba bangkit memburu jaringan penyamaan dalam babak pertama tetapi tidak menemui sasaran. 

Kuala Lumpur semakin selesa untuk menerajui permainan apabila De Paula bijak memperdayakan penjaga gol untuk keduanya pada minit ke-72. 

Felcra merapatkan jurang menerusi Nazrul Kamaruzaman 11 minit kemudian tetapi ia tidak membawa apa-apa makna apabila membenarkan De Paula terus merobek gawang mereka sebanyak dua kali lagi (m-84 dan 90). 

Keputusan malam ini meletakkan Kuala Lumpur di belakang pendahulu, Terengganu, manakala Perak yang tewas 3-4 semalam menghuni tangga tercorot. 

Keputusan lain: 

PDRM FA 0 FELDA UNITED 5 

 

Advertisement

Must Watch Video