Kuala Lumpur gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri apabila sekadar seri 3-3 ketika melayani kunjungan Felda United dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA 2019 di Stadium Cheras, malam tadi.
Skuad kendalian Nidzam Jamil itu memecah kebuntuan perlawanan menerusi Abdul Azim Rahim pada minit ke-23.
Namun, kedudukan itu tidak bertahan lama selepas ketua pasukan Kuala Lumpur, Indra Putra Mahayuddin, menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-40.
Indra Putra sekali lagi bertindak cemerlang apabila menanduk masuk gol kedua buat skuad The City Boys pada minit ke-53.
Berselang tujuh minit, pelawat menambah jaringan untuk mengikat kedudukan 2-2, sekali lagi melalui sentuhan penyudah Azim.
Skuad The Fighters kemudian menggandakan jaringan melalui Jocinei Schad pada minit ke-75 sebelum Kuala Lumpur kembali bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi Paulo Josue pada minit ke-80.
"Kami tidak sepatutnya melepaskan banyak gol memandangkan ini adalah perlawanan merebut piala (kalah mati).
"Tetapi saya tabik kepada Felda," ketua jurulatih Kuala Lumpur, Chong Yee Fatt.
Nidzam pula berkata: "Saya percaya dalam bola sepak, kami perlu bertahan sebelum mencari gol.
"Perlawanan tadi kelihatan agak terbuka tetapi apapun, saya masih berpuas hati dengan bekalan kami untuk pertemuan di Jengka (10 Mei) kelak."