Skip to main content

Bola Sepak

Kritikan Hodak hanya isu dalaman -- Stuart

hoidak.jpg
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, menganggap luahan kontroversi Bojan Hodak mempersoalkan sistem bola sepak negara hanya perkara ringan.

Dengan alasan tidak mahu memanjangkan isu itu, Stuart melihat ia bukan hal besar untuk dijadikan bahan tontonan umum.

Bagaimanapun, kenyataan sebelum ini yang menyatakan Hodak sudahpun diberi surat tunjuk sebab dan perlu menjawab surat itu selewat-lewatnya Jumaat ini bukan lagi rahsia.

"Surat tunjuk sebab yang diberikan kepada Hodak oleh FAM adalah isu dalaman. Sebagai staf FAM, kami meminta penjelasan Hodak dan ia tidak melibatkan prestasinya bersama skuad B-19 negara," katanya.

Isu itu mirip kepada tindakan penggantungan yang dikenakan ke atas Datuk K. Rajagobal ketika mengemudi skuad senior kebangsaan pada 2013.

Bekas pengendali kebangsaan itu digantung FAM kerana mempersoalkan lambakan pemain import hingga memberi kesukaran kepada skuad negara di pentas antarabangsa.

Artikel 88 menjadi rujukan utama ketika itu namun peralihan tampuk pimpinan FAM ketika ini nampaknya lebih berlembut.

"Ini sekadar isu dalam FAM. Kami tidak akan memperbesarkan isu ini kepada pihak media," kata Stuart lagi.

Advertisement

Must Watch Video