Maurizio Sarri berharap Chelsea mampu menangani krisis pertahanan dalam pertemuan separuh akhir pertama Liga Europa di Eintracht Frankfurt, awal pagi esok.
Antonio Rudiger sah terlepas baki aksi musim ini berikutan pembedahan lutut kelmarin sementara harapan ketua pasukan, Gary Cahill, untuk beraksi setelah jarang mendapat peluang digugat masalah achilles.
Ini bermakna Andreas Christensen bakal dipertaruhkan untuk bergandingan dengan David Luiz di pusat pertahanan sementara Cesar Azpilicueta bersedia untuk mengisi pertahanan tengah di Commerzbank-Arena sekiranya keadaan memerlukannya ekoran ketiadaan tonggak senior yang lain.
"Kami menghadapi masalah dengan pertahanan tengah," kata Sarri dalam sidang berita sebelum perlawanan.
"Dalam dua sesi latihan terakhir, kami meletakkan Azpilicueta sebagai pertahanan tengah. Saya fikir dia merupakan satu-satunya pemain yang boleh bermain di situ.
"Kami telah mengharungi 58 perlawanan dan sebelum ini, kami bernasib baik dengan kecederaan tetapi dalam tempoh 10 hari yang lalu, kami tidak begitu bertuah.
"Christensen telah beraksi kira-kira dalam 25 perlawanan musim ini, oleh itu dia sudah bersedia untuk diturunkan.
"Dia beraksi dengan baik dalam perlawanan yang sangat penting. Christensen bukan satu masalah, masalahnya adalah angka."
Bagaimanapun, The Blues turut menyambut berita baik berikutan Willian kembali berlatih dan cergas untuk beraksi manakala kelibat Callum Hudson-Odoi sudah boleh dilupakan akibat masalah tumit.
Keputusan seri 1-1 di Manchester United, Isnin lalu, memastikan Chelsea berada di kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).
Begitupun, Sarri, yang masih memburu kejuaraan pertama dalam kerjaya kejurulatihannya, enggan barisan pemainnya melihat Liga Europa sebagai jalan belakang untuk untuk memenuhi syarat mereka bersaing di peringkat elit Eropah.
"Kami perlu mengekalkan tempat dalam empat kelompok teratas EPL kerana kami mahu beraksi dalam saingan UCL seterusnya," katanya.
"Sudah tentu, Liga Europa juga merupakan satu trofi yang amat penting tetapi kami perlu memikirkan soal EPL.
"Kami mahu mendapatkan tiket UCL melalui kempen EPL kerana anda tahu adalah amat sukar untuk meraih kedudukan empat teratas Liga Perdana."
Sarri turut berminat untuk mengulas mengenai musim sulungnya yang tidak menentu di Stamford Bridge di sebalik membimbing mereka ke perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL).
"Untuk mara ke final Piala EFL, Chelsea harus menentang Liverpool di tempat lawan, berdepan Tottenham Hotspur yang mara ke separuh akhir UCL sebanyak dua kali dan bertemu Manchester City dalam aksi final.
"Ia bagaikan kancah UCL, walhal ia hanyalah saingan Piala Liga di England," katanya.
"Oleh itu, adalah sangat sukar untuk merebut tempat UCL dalam EPL."