Mateo Kovacic percaya dia telah menemui pengendali yang mempercayai dirinya selepas bertemu Maurizio Sarri susulan perpindahan daripada Real Madrid.
Chelsea menandatangani Kovacic menerusi pinjaman jangka panjang daripada kelab LaLiga itu dalam satu perjanjian yang menyaksikan penjaga gol, Thibaut Courtois, berhijrah ke Sepanyol.
Kovacic yang melakukan lima penampilan buat Croatia ketika Piala Dunia, masuk selaku pemain gantian untuk meraih penampilan pertama ketika Chelsea menundukkan Arsenal 3-2.
Selepas membantu Sarri mengekalkan rekod bersih musim ini, dia mendedahkan teruja dapat bekerjasama dengan bekas pengendali Napoli itu.
"Saya gembira kerana meraih kemenangan kerana apa yang penting adalah pasukan beraksi dengan baik," kata Kovacic.
"Saya berasa bagus. Walaupun kehilangan rentak tetapi saya baru menyertai pasukan. Saya akan bekerja keras dan terus meningkat.
"Penting untuk saya mencari pasukan dan pengurus yang mahukan saya setelah tiga tahun tanpa aksi yang berterusan di Madrid dan Chelsea menunjukkan minat mereka.
"Pihak kelab mahukan saya dan pengurus mempercayai saya. Itu yang diperlukan.
"Sarri mengenali saya sejak sekian lama dan saya juga menonton kebanyakan perlawanannya. Dia suka untuk beraksi dengan pasukan hebat bersama ramai pemain-pemain utama. Saya tidak rasa sukar untuk menyesuaikan diri."