Pengurus Bayern Munich, Niko Kovac, yakin Leroy Sane akan menyertai kelab Bundesliga itu daripada Manchester City.
Pemain Jerman, Sane, melalui tempoh tiga musim bersama City sejak meninggalkan Schalke sebelum berkembang menjadi salah seorang pemain sayap terbaik dunia.
Dia menyumbat 10 gol dalam dua musim terakhir Liga Perdana Inggeris, sekali gus meraih catatan memukau dalam musim lalu walaupun hanya beraksi 21 kali.
Pengurus City, Pep Guardiola, dikatakan hilang kepercayaan terhadap Sane musim lalu sehingga mengurangkan waktu bermain buatnya.
Bayern tidak menyembunyikan hasrat untuk membawa pemain berusia 23 tahun itu ke Allianz Arena dan walaupun City meletakkan tanda harga GBP90 juta (RM459 juta) untuk menamatkan impian itu, mereka kini yakin perjanjian dapat dicapai.
"Sane adalah eorang pemain hebat, dia telah membuktikan kemampuan di England serta bersama skuad kebangsaan," ujar Kovac.
"Pengurusan kelab kami sangat komited. Tidak mudah pada waktu begini dan pada usianya, anda boleh lihat segalanya diselesaikan.
"Namun, saya yakin dapat meraih khidmatnya."
Bayern turut dikaitkan dengan pemain sayap Chelsea dan England, Callum Hudson-Odoi, tetapi dia dilaporkan menandatangani kontrak jangka panjang di Stamford Bridge.
Kovac kini sedang mencari pengganti di bahagian depan selepas Arjen Roben dan Franck Ribery meninggalkan Bayern pada penghujung musim 2018-19.