Skip to main content

Bola Sepak

Kovac yakin kendali Bayern musim depan

niko-kovac.jpg
BAYERN 5 FRANKFURT 1

Ketua jurulatih Bayern Munich, Niko Kovac, "yakin" dia akan kekal membimbing juara Bundesliga itu musim depan.


Kovac memimpin gergasi Jerman itu menjuarai gelaran liga buat kali ketujuh berturut-turut semalam hasil kemenangan 5-1 ke atas Eintracht Frankfurt.

Kedudukannya menjadi perbualan hangat sepanjang musim, termasuk dengan cadangan bahawa dia akan kehilangan tugas walaupun menjuarai dua gelaran domestik minggu depan dalam aksi final Piala DFB berdepan RB Leipzig.

Kovac, bagaimanapun, yakin dan menegasakan dia akan terus mengendalikan pasukan di Allianz Arena bagi musim depan.

"Saya mendapat maklumat dan yakin saya akan kekal di sini," katanya.

Ditanya jika kelab telah memberitahu dia pasti akan melatih Bayern musim depan, Kovac tersenyum dan berkata, "Ya."

Penyokong bersorak nama Kovac selepas tamat perlawanan dan ia telah membuat pengendali berusia 47 itu berkata lagi, "Sememangnya ia membuat saya tersentuh.

"Saya sama seperti orang lain. Penyokong-penyokong gembira di atas usaha yang telah kami tampilkan."

Advertisement

Must Watch Video