Skip to main content

Bola Sepak

Kovac: Sabar, tidak perlu panik

niko-kovac.jpg
HERTHA BERLIN 2 BAYERN MUNICH 0

Niko Kovac menegaskan tiada sebab untuk panik selepas Hertha Berlin memberikan kekalahan pertama Bayern Munich dalam saingan Bundesliga, awal pagi tadi.


Jaringan Vedad Ibisevic dan Ondrej Duda dalam separuh masa pertama memastikan kemenangan 2-0 tuan rumah selepas merekodkan keputusan yang mengecewakan dalam aksi terdahulu.

Bayern seri 1-1 di laman sendiri dengan Augsburg dan kini  dalam risiko melepaskan kedudukan selaku pendahulu Bundesliga.

Kovac kecewa pasukannya gagal bertahan dengan baik -- Jerome Boateng melakukan kekasaran bagi memberikan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ibisevic -- tetapi masih belum bersedia untuk menekan butang panik.

"Bukan hanya gagal menyempurnakan peluang tetapi kami dibolosi dengan dua jaringan yang boleh dielak. Perkara ini tidak seharusnya berlaku," katanya.

"Jaringan kedua, kami telah melakukan kesilapan taktikal. Kesilapan berlaku tetapi jika anda melakukannya dalam Bundesliga, anda akan dihukum.

"Saya berasakan kami telah bermain dengan baik secara keseluruhan tetapi keputusan tidak memihak pasukan.

Keputusan itu sekali gus menamatkan 14 pertemuan tanpa kemenangan buat Hertha ke atas Bayern.

Ketua jurulatihnya, Pal Dardai, berasakan pasukannya berhak meraih kemenangan itu.

"Kami gembira di atas kemenangan dan persembahn ini," katanya. "Dalam separuh masa pertama, pasukan bermain dengan baik dan menjaringkan gol tepat pada masanya.

"Pada penghujung permainan, kami berusaha untuk memastikan kemenangan mampu diraih dan Hertha berhak meraih tiga mata dalam perlawanan ini. Hari yang cukup baik buat kami."

Advertisement

Must Watch Video