BAYERN MUNICH 3 HANNOVER 1
Niko Kovac berpuas hati dengan kejayaan Bayern Munich menghampiri kejuaraan Bundesliga selepas menewaskan Hanover, yang jurulatihnya, Thomas Doll, berang gara-gara kad merah yang dilayangkan kepada Jonathas.
Pendahulu Bundesliga, Bayern, mendahului 2-0 dalam separuh masa pertama di Arena Allianz malam tadi hasil jaringan Robert Lewandowski dan Leon Goretzka sebelum Doll memasukkan Jonathas selepas waktu rehat.
Penyerang itu sempat menjaringkan gol sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan Bayern, Jerome Boateng. Namun selepas meraih dua kad kuning dalam tempoh singkat, dia dibuang padang.
Franck Ribery kemudian masuk sebagai pemain gantian sebelum menjaringkan gol ketiga Bayern untuk memastikan pasukan itu berkelebihan empat mata di puncak Bundesliga.
"Dalam 20 minit pertama, pertahanan Hannover amat kukuh, namun kami menguasai permainan walaupun tidak banyak peluang mencipta jaringan," kata Kovac.
"Selepas keputusan berubah menjadi 1-0, kami memiliki pelbagai peluang terhidang dan sepatutnya berkelebihan 4-0 sebelum separuh masa untuk lebih berehat dalam babak berikutnya.
"Secara tiba-tiba, mereka memperoleh sepakan penalti, namun pada pandangan saya, ia tidak sepatutnya sepakan penalti, namun kami telah menjalankan tugas dengan baik."
Doll juga tidak bersetuju terhadap keputusan memberikan sepakan penalti itu selepas Boateng secara tidak sengaja menahan bola dengan lengannya, namun keputusan itu dilakukan hasil bantuan video bantuan pengadil (VAR).
Namun, insiden Jonathas lebih mendatangkan kemarahan pengendali Hannover itu, yang pasukannya kini harus memenangi baki dua perlawanan terakhir Bundesliga untuk mengelakkan penyingkiran.
Penyerang itu dilayangkan kad kuning pertama selepas bertembung dengan penjaga gol Bayern, Sven Ulreich, hanya beberapa ketika selepas menjaringkan sepakan penalti.
Dia kemudian dilayangkan kad kuning kedua selepas menyiku muka Joshua Kimmich.
"Kami bermain dengan baik dalam 20 atau 25 minit pertama, kemudian kami mula melakukan kesilapan demi kesilapan," kata Doll.
"Kami tidak bertahan dengan baik ketika dibolosi 1-0 kerana kami sepatutnya bertahan dengan lebih rapat.
"Bagaimanapun, pemain saya telah memberikan yang terbaik. Michael Esser (penjaga gol) telah melakukan tugasnya dengan baik.
"Tidak semena-mena, kami mendapat sepakan penalti seperti yang kita dapat lihat dalam beberapa minggu ini.
"Saya amat-amat marah apabila kami kehilangan seorang pemain, jadi anda perlu menunjukkan kebijaksanaan anda sebagai pengadil," katanya.
Jaringan lewat Ribery membolehkan Kovac memasukkan Arjen Robben buat kali pertama sejak November lalu.
Ia juga merupakan penampilan ke-700 Robben sepanjang karier antarabangsa dan kelab.
"Kedua-dua pemain itu telah meninggalkan kesan mendalam terhadap kelab ini dalam tempoh sedekad ini dan mereka layak untuk mendapatkannya," kata Kovac mengenai gandingan pemain sayap veteran itu.
"Saya mahu memberikan mereka lebih masa untuk beraksi, namun keadaan perlawanan ini tidak mengizinkannya.
"Amat menakjubkan untuk melihat reaksi penonton terhadap mereka," katanya.