Niko Kovac memohon kepada pengurus Manchester City, Pep Guardiola, selepas menyatakan secara terbuka keyakinannya untuk membawa Leroy Sane ke Bayern Munich.
Juara Bundesliga itu tidak berahsia dengan keinginan mereka untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun itu di Allianz Arena selepas dia kehilangan tempat dalam kesebelasan utama City pada penghujung musim.
Walaupun City dilaporkan meletakkan tanda harga Sane sebanyak GBP90 (RM451j) juta bagi menghalang Bayern daripada mendapatkan khidmat pemain tersebut, namun Kovac mencadangkan bahawa persetujuan sudah hampir dicapai, dengan berkata, "Saya sangat yakin. Saya andaikan kami mampu mencapai persetujuan."
Ketua Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge, bagaimanapun, mendedahkan kecewa dengan ulasan Kovac menjelang kemenangan 6-1 pasukan ke atas Fenerbahce dalam aksi Piala Audi semalam, dengan memberitahu ZDF: "Saya tidak gemar dengan apa yang dikatakan oleh Kovac."
Mesej itu telah disampaikan kepada Kovac, yang mendedahkan selepas perlawanan di Allianz Arena itu bahawa dia telah berhubung dengan Guardiola dan memohon maaf kerana bercakap secara umum tentang pemainnya.
Dia memberitahu ZDF: "Kami telah membincangkan perkara ini. Mungkin saya terlalu menyinggung perasaan dalam temu bual tersebut. Saya telah bercakap dengan Guardiola dan memohon maaf.
"Saya turut memohon maaf kepada kelab. Saya akan cuba menghalang diri daripada bercakap sebegini pada masa akan datang."
Bayern berada dalam prestasi terbaik ketika berdepan lawan dari Turki itu, dengan mendahului 5-0 dalam separuh masa pertama hasil jaringan Renato Sanches, Leon Goretzka, Kingsley Coman dan dua gol daripada Thomas Muller.
Pemenang Piala Dunia, Muller, melengkapkan hatrik dalam separuh masa kedua untuk menghantar Bayern ke aksi final bertemu Tottenham, yang mengatasi Real Madrid 1-0.