Skip to main content

Bola Sepak

Kovac harap kecederaan Rodriguez tidak serius

james-rodriguez-fc-bayern-muenchen.jpg
NURNBERG 1 BAYERN MUNICH 1

James Rodriguez memerlukan ujian terhadap kecederaan betis yang dialaminya ketika Bayern Munich seri 1-1 dengan Nurnberg. 


Pemain tengah Colombia, Rodriguez, hadir sebagai pemain gantian dalam aksi Bundesliga itu awal pagi tadi tetapi bertahan selama 15 minit sebelum digantikan dengan Alphonso Davies.

Di sebalik kehilangan khidmat Rodriguez, Serge Gnabry menyamakan kedudukan bagi menafikan jaringan pembukaan Matheus Pereira ketika pendahulu Bundesliga itu bernasib baik menamatkan perlawanan dengan satu mata.

Bayern mendahului Bundesliga ke atas pencabar terdekat, Borussia Dortmund, dengan kelebihan dua mata tetapi Kovac belum pasti tahap kecederaan yang dihadapi oleh Rodriguez.

"Dia sedang dirawat tetapi penilaian terhadap kecederaannya masih lagi dipantau," kata Kovac.

"Selepas lima minit, Thiago Alcantara datang kepada saya dan memberitahu keadaan yang dihadapi James."

Pengurus Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic, kelihatan turut terlibat dalam membuat keputusan mengeluarkan James, dengan Kovac menjelaskan perkara yang berlaku.

"Suasana di dalam stadium sangat bising, Rodriguez bertemu Hasan, yang fasih bercakap bahasa Sepanyol, bertanyakan mengenai keadaannya," katanya.

Persaingan takhta liga kekal dalam tangan Bayern tetapi Kovac menerima pasukannya terkesan di atas kemenangan saingan Piala Jerman ke atas Werder Bremen untuk melangkah ke final.

"Kami menghadapi perlawanan sukar Rabu lalu, Nurnberg pula menggunakan segala kudrat untuk meraih keputusan yang positif buat mereka.

"Mereka telah berjuang mendapatkan satu mata. Kami memiliki banyak peluang tetapi kami harus bergembira di atas satu mata yang diraih," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video