EINTRACHT FRANKFURT 0 BAYERN MUNICH 5
David Alaba mengalami kecederaan lutut ketika Bayern Munich mengalahkan Eintracht Frankfurt 5-0 dalam final Piala Super-DFL, dengan jurulatih baru, Niko Kovac, berharap ia tidak terlalu serius.
Pemain antarabangsa Austria, Alaba, memegang lututnya selepas dicabar Danny da Costa pada minit ke-15 ketika Bayern berdepan kelab lama Kovac itu di Waldstadion, awal pagi tadi.
Bayern, yang mendapat manfaat daripada hatrik Robert Lewandowski, terpaksa mengharungi hujung perlawanan dengan 10 pemain apabila Kovac telah menggunakan semua kuota penggantiannya dalam perlawanan itu.
Dan bekas bos Eintracht itu, yang mengalami kekalahan kepada bekas kelabnya itu dalam final DFB-Pokal, menaruh harapan ujian ke atas Alaba akan bertukar menjadi positif.
"David Alaba mendapat kecederaan di lututnya," kata Kovac kepada ZDF.
"Kami belum tahu apa-apa lagi dan dia akan diperiksa hari ini atau esok tetapi saya harap ia hanya lebam."
Jerome Boateng tidak bermain dalam perlawanan itu, dengan pemain pertahanan berkenaan terus dikaitkan dengan perpindahan ke juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG).
"Tiada yang baru mengenai Jerome Boateng," tambah Kovac.
"PSG mahukan dia tetapi saya tidak tahu sama ada dia akan pergi. Dia adalah pemain bertaraf dunia dan saya gembira dapat memilikinya dalam pasukan saya.
"Saya mempunyai skuad yang sangat baik dan banyak pilihan. Sebagai contoh, kami boleh bertindak balas jika Alaba cedera tetapi sebenarnya saya tidak memerlukan pemain baru."
Rakan sepasukan Boateng di Jerman, Mats Hummels, gembira dapat menjaringkan gol ketika dia dan beberapa pemain Bayern mengalami kekecewaan teruk dalam Piala Dunia bersama pasukan Joachim Low itu.
"Gelaran itu sungguh bermakna selepas kekecewaan pada pertengahan April untuk kelab dan kami di peringkat antarabangsa," kata Hummels.
"Kami pergi jauh kerana kami mahu memulakan musim ini secara positif. Kami mahu memenangi perlawanan kompetitif pertama dan mendapat gelaran. Itu sebabnya kami dapat berpuas hati."