Niko Kovac percaya Bayern Munich perlu menang baki perlawanan Bundesliga untuk mengatasi Borussia Dortmund sekali gus meraih takhta liga.
Bayern mendahului saingan dengan kelebihan hanya satu mata menjelang aksi berdepan Nurnberg yang dalam usaha untuk mengelak penyingkiran sementara Dortmund bakal bertemu Schalke pada hari yang sama.
Mereka dijangka merangkul gelaran liga buat kali ketujuh berturut-turut dengan meraih mata maksimum dan ketua jurulatih, Kovac, mahu memastikan kejayaan milik mereka.
"Ia merupakan saingan yang sengit, sesuatu yang menarik buat penyokong," kata Kovac.
"Bayern memerlukan keempat-empat kemenangan dan jika ia berjaya dilakukan, kami tidak perlu melihat kepada mana-mana pasukan.
"Kami perlu menang dan memberi tumpuan kepada persembahan pasukan.
"RB Leipzig, Eintracht Frankfurt dan Hannover adalah lawan kami seterusnya."
Bayern terus menghidupkan peluang mereka untuk merangkul dua gelaran domestik hasil jaringan daripada Robert Lewandowski untuk mengatasi Werder Bremen 3-2 dalam aksi separuh akhir Piala Jerman.