Kalidou Koulibaly menandatangani kontrak baru selama lima tahun di Napoli, kata presidennya, Aurelio Di Laurentiis.
Koulibaly menyertai mereka dari kelab Belgium, Genk, pada 2014 dan pantas mengukuhkan tempatnya dalam kesebelasan utama Napoli sehingga berkembang menjadi salah satu yang terbaik di posisinya dalam Serie A.
Chelsea sering dikaitkan dengan pertahanan tengah itu susulan bekas jurulatih, Maurizio Sarri, mengambil alih jawatan di Stamford Bridge sementara Manchester United juga dilaporkan turut memburunya.
De Laurentiis mendakwa kelab itu telah menolak tawaran €100 juta (RM472.8j) ke atas Koulibaly daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang tidak dinamakan pada Julai lalu sebelum angka tersebut dinilai semula kepada €90j (RM425.5j), semalam.
Begitupun, isu utama pasukan Serie A itu ialah hasrat mengekalkan pemain berusia 27 tahun itu untuk jangka panjang.
"Dia telah memperbaharui kontrak bersama kami untuk lima tahun akan datang," kata De Laurentiis kepada Sky Sport Italia sebelum aksi persahabatan dengan Liverpool di Dublin, awal pagi tadi. "Dia adalah yang terbaik dalam peranannya.
"Kami tidak menerima tawaran lebih rendah daripada RM425.5j. Terdapat tiga pasukan yang bersedia untuk memancingnya tetapi kami ingin meneruskan khidmatnya.
"Kami gembira dengan pasukan ini, terdapat pemain-pemain yang bekerja keras untuk kami dan bersedia memberikan segala-galanya untuk menang."
De Laurentiis turut mendakwa pertahanan kanan Lille, Kevin Malcuit, dijangka tiba dengan perpindahan bernilai €13 juta (RM61.4j) ke Stadio San Paolo.
"Dia (Malcuit) akan tiba dengan kesepakatan yang ditetapkan, €12j (RM56.7j) selain bonus tambahan yang boleh menjadikan perpindahan mencecah RM61.4j," kata pemilik Napoli itu.
Dalam aksi awal pagi tadi, Napoli tumbang 0-5 kepada Liverpool di Stockholm, Sweden.