Laurent Koscielny meninggalkan Arsenal untuk menyertai kelab Ligue 1, Bordeaux, dengan perpindahan dilaporkan bernilai €5 juta (RM23.4 juta)
Bekas pemain kebangsaan Perancis itu menamatkan tempoh sembilan musimnya dalam Liga Perdana Inggeris untuk kembali ke liga divisyen utama Perancis itu.
"Kami memutuskan untuk membenarkan perpindahannya ke Bordeaux selepas kami bersetuju dengan syarat perpindahan yang boleh diterima," kata The Gunners dalam satu kenyataan.
"Kami berterima kasih kepada Laurent di atas sumbangannya buat kelab ini dan mendoakan yang terbaik untuk masa depannya."
Pemain berusia 33 tahun itu memberikan gambaran awal mengenai masa depannya bulan lalu apabila kelab itu mengesahkan dia menolak untuk menyertai jelajah pramusim di Amerika Syarikat.
Koscielny melakukan 17 penampilan dalam Liga Perdana musim lalu walaupun berehat pada beberapa minggu awal gara-gara kecederaan tendon Achilles.
The Gunners menandatangani pemain itu pada 2010 dan dia menjadi salah seorang pemain paling konsisten pada waktu itu.
Selepas kerap diberikan tanggungjawab sebagai kapten sejak musim 2015-16, Koscielny memegang tugasan itu secara tetap musim lalu ekoran persaraan Per Mertesacker.
Pemergian pemain itu akan menambahkan kerisauan penyokong mengenai pilihan untuk mengisi posisi pertahanan, dengan Sokratis Papastathopoulos, Nacho Monreal, Rob Holding dan Shkodran Mustafi, yang sebelum ini dikecam hebat, merupakan pilihan yang mereka ada melainkan menandatangani pemain baru sebelum tarikh tutup, Jumaat ini.
Koscielny pula akan memperkukuhkan jentera pertahanan Bordeaux, yang kehilangan pilihan utama, Jules Kounde, kepada Sevilla.