NAPOLI 0 ARSENAL 1
(Arsenal menang 3-0 secara agregat)
Laurent Koscielny memuji semangat sepasukan Arsenal selepas menewaskan Napoli untuk ke separuh akhir Liga Europa (UEL).
Jaringan Alexandre Lacazette menerusi sepakan percuma pada minit ke-36 membenarkan skuad bimbingan Unai Emery itu menang 1-0 di Stadio San Paolo bagi menyempurnakan kemenangan agregat 3-0.
The Gunners mempamerkan persembahan cemerlang selepas berjaya memastikan Napoli tidak mampu mencipta peluang berbahaya dan pemain pertahanan, Koscielny, memuji kualiti yang dipamerkan pasukan.
"Kami menyedari Napoli beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim ini dan mereka adalah pasukan yang baik. Napoli dibarisi pemain-pemain berkualiti," kata kapten Arsenal itu.
"Arsenal melakukan perkara yang sama seperti di laman sendiri dan menjaringkan gol. Kami berjaya melakukannya di sini dan lawan memerlukan empat gol.
"Kami menghormati mereka dan berusaha untuk bermain. Kami bertahan dengan sebaik mungkin."
Sepakan percuma Lacazette gagal dicapai penjaga gol Napoli, Alex Meret, dan penyerang itu mengesahkan dia telah berusaha untuk menyempurnakannya dalam sesi latihan, sekali gus meledak jaringan ke-16 musim ini.
"Saya telah berlatih mengambil sepakan percuma. Saya sangat gembira kerana menjaringkan gol malam ini," kata Lacazatte.
"Kami akan berdepan Valencia selepas ini. Tidak sabar untuk bertemu mereka."